Program JUMPER PUNB PUNB memperkenalkan Program JUMPER PUNB (sebelum ini dikenali sebagai Program Siswazah Perantis) sebuah program khas yang mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Perantis berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan. Program ini akan membantu mereka yang terpilih untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor). Perantis ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus dan latihan teori. ![]() Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran. Keistimewaan • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan • Tempoh latihan maksima adalah 12 bulan bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan boleh dipertimbangkan untuk skim pembiayaan PROSPER Usahawan Muda. Aery soul collection. • Perantisan berpeluang memohon pembiayaan selepas 8 bulan perantisan untuk memulakan perniagaan.* *Tertakluk kepada terma & syarat Kelayakan • Bumiputera tidak melebihi 35 tahun semasa permohonan • Graduan muda yang memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan • Graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa Mentor • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB. • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB. TENTANG PUNB: Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 • Tarikh penubuhan: 17 Julai 1991 • Milikan penuh kepada: Yayasan Pelaburan Bumiputra • Modal dibenarkan: RM500 juta • Modal berbayar: RM400 juta Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan. Inilah asas kewujudan PUNB. Perantis yang berjaya menyertai program latihan ini akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perniagaan yang ingin diceburi. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran.
0 Comments
Leave a Reply. |